Selasa, Mac 29, 2011

siapa lagi bagus ???



letak gambar keluarga kat meja...
lelaki > ah bagusnya lelaki nie... mesti dia sentiasa ingat kat keluarga dan seorang yang bertanggungjawab...
wanita > ek eleh...mesti minah nie pentingkan keluarga dari kerjaya... padanlah lelaki mendahului dalam setiap bidang yang diceburi...


meja bersepah...
lelaki > rajin betul mamat nie bekerja sampai takde masa nak kemas meja... nampak seperti seorang pekerja yang berdedikasi...
wanita > tak senonohnya perangai... meja bersepah, tunggang langgang...


berbicara dengan teman sepejabat...
lelaki > mesti ngah bersembang tentang kerja.. tak tue pon pasal saham nie...
wanita > takde keje laenlah tue... mengumpat jer...


tiada di meja sendiri atau pejabat...
lelaki > mesti ngah jumpa client atau meeting nie...
wanita > mesti ngah merayau... tak tue p0n dalam toilet, betulkan make-up...


makan tengahari ngan bos...
lelaki > pandai dia amek hati bos... lagipun dia memang bagus bekerja...
wanita > haish...nie mesti dia ada ape-ape ngan bos nie...


bile bos marah...
lelaki > serik dan berikrar untuk bekerja dengan lebih tekun...
wanita > mesti jap lagi merajuk nie...


bile outstation...
lelaki > orang penting dalam pejabat memang macam tue... selalu kena outstation...
wanita > mesti suami beranggapan yang bini dia ada affair ngan bos...


bile amek keputusan untuk berkawen...
lelaki > mesti lepas nie dia akan lebih bertanggungjawab dan makin matang dalam membuat keputusan...
wanita > lepas kawen, kalo mengandung...lepas tue dapat cuti panjang...


bile ada anak...
lelaki > mesti lepas nie dia akan bekerja lebih kuat untuk kenaikan pangkat sebab untuk tampung tanggungan dia...
wanita > tak abes-abes nak bebankan syarikat dengan cuti bersalin yang panjang sedangkan gaji berjalan macam biasa... bayangkan kalo dia beranak sepuluh kali...


p/s : sentiasa berfikiran positif...


;']

13 comments:

puanbee berkata... [Reply]

yang last tu akk suka berfikiran positif tapi kenapa negatif je wanita ? heee

angan-angan.Kayangan berkata... [Reply]

hihihihi... ni ana nk mrh ni...=P
ok2... think positif!=)

MissNadh berkata... [Reply]

aiyakk! tapi xsemua pikir mcm ni kan..jangan..-ve thinking tol,huhu

shamyheart berkata... [Reply]

haha~ kenapa ek kat wanita ada je difikirkan negatif?

Adakah kerana wanita kena semuanya perfect? meja tak boleh bersepah, tak boleh makan dgn bos, tak boleh lepak2 dgn kawan2?

mommylavender berkata... [Reply]

tak semua pompuan gitu...wanita@pompuan baik2 belaka...~hee...think +..setenggah2 kot,kdg2 agaknya

Yuslia Suhana berkata... [Reply]

homaigot!! awat semua -ve je pasal pompuan.. Aku kalo pegi toilet, bukan betul mekap...pegi berakkk laa... tu yg lama...huahua

Liza @ Adzriel AB berkata... [Reply]

ha..ha.. negatif belaka ye thinking sesetengah org tentang pompuan. suka hati diorang le.. balik2 pompuan yg negatif jugak yan dicari. cari mak atau cari ayah?

cikcleopatra berkata... [Reply]

ishk3..diskriminasi terhadap wanita nih!

kay_are berkata... [Reply]

ade lagi ke yang amalkan thinking yang camtu.. huu macam x fair lak sebab sekarang sume same je

Kak Sam berkata... [Reply]

Assalamualaikum..
Ni fakta @ auta yea? Tak kisah pun setiap orang tak sama kan?

Puan Kutu berkata... [Reply]

kesian org pmpuan..selalu dipandang negatif..sob..sob..

misza berkata... [Reply]

tambah ckit erk.
kalau jadi setiausaha.
perempuan di anggap teliti.
lelaki dianggap lembut. hehehe.
(jangan marah lelaki yang keje setiusaha) akk saja nak bagi fair ckit. byk sgt yg negetif pasal perempuan kat atas tue.

Zue Zoey berkata... [Reply]

Masing-masing punya pendapat dan pemikiran yg tersendiri kan?